empty
 
 
26.05.2023 09:32 AM
Ramalan Awal Pasangan Mata Wang EURUSD pada 26/05/2023

Bilangan tuntutan pengangguran berulang mencatatkan penurunan hanya 5,000 berbanding 9,000 yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, bilangan tuntutan pengangguran awal meningkat seperti yang diramalkan. Bukan sebanyak 3,000, tetapi sebanyak 4,000. Peningkatan dalam tuntutan awal telah diimbangi oleh semakan menurun ke atas data sebelumnya sebanyak 17,000. Oleh itu, pasaran buruh nampaknya berada dalam keadaan yang agak baik. Masalahnya ialah dolar AS hampir tiada tempat untuk berkembang, disebabkan keadaan terlebih beli (overbought) yang berlebihan.

Pasaran jelas memerlukan pembetulan harga, dan sebab hari ini untuk itu boleh jadi data pesanan barangan tahan lama. Jumlah pesanan dijangka berkurangan sebanyak 1.1%, yang mana ini adalah angka yang agak ketara. Selain itu, laporan ini adalah merupakan petunjuk utama untuk jualan runcit, yang berfungsi sebagai pengukur untuk sektor perkhidmatan, menyumbang 80% daripada ekonomi AS. Oleh itu, ancaman penurunan dalam jualan runcit adalah faktor negatif, dan keadaan terlebih beli (overbought) dolar AS yang berlebihan akan menguatkan kesannya.

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang EUR/USD terus diiniagakan lebih rendah, mencapai tahap yang tidak dilihat sejak Mac tahun ini. Pergerakan sengit sedemikian diklasifikasikan dalam pasaran sebagai dipacu momentum, mengabaikan beberapa isyarat teknikal.

Pada carta empat jam, RSI telah meninggalkan kawasan terlebih jual (oversold), tetapi masih belum ada isyarat jelas bahawa pergerakan pembetulan yang berterusan telah berakhir.

Pada carta masa yang sama, MA Alligator menuju ke arah bawah, sekaligus mengesahkan pergerakan pembetulan harga.

Tinjauan:

Disebabkan oleh pesanan jual pada euro yang "terlalu panas", kita boleh menjangka penarikan semula teknikal berskala penuh, berpotensi untuk membawa harga kembali diniagakan ke tahap 1.0800. Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, spekulator mengabaikan isyarat teknikal yang menunjukkan euro terlebih jual (oversold) dan dolar AS sebagai terlebih beli (overbought). Oleh itu, mengekalkan harga di bawah tahap 1.0700 boleh melanjutkan pergerakan semasa.

Analisis komprehensif petunjuk dalam jangka pendek mencadangkan kemungkinan penarikan semula harga, manakala dalam tempoh urusniaga harian, isyarat kesinambungan trend menurundilihat disebabkan oleh langkah pembetulan yang berterusan dalam pasaran.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget